PENGUMUMAN

SETIAUSAHA PANITIA PERLU MENYIAPKAN FAIL
PANITIA SEBELUM/PADA 31 JULAI 2012



FAIL PANITIA YANG DIBUAT TIDAK PERLU BUAT MUKA DEPAN DAN TETULANG KERANA 2 PERKARA TERSEBUT AKAN DICETAK SECARA BERPUSAT.



SARINGAN LINUS KOHORT 1 & KOHORT 3 PERHATIAN : PENGISIAN DATA MURID SARINGAN LINUS SARINGAN 8 DAN SARINGAN 2, 2012 Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS bermula dari 23 JULAI 2012 HINGGA 03 OGOS 2012 *** semua sekolah mesti kemaskini data murid walaupun semua murid telah di ALIRAN PERDANA

Sunday 15 July 2012

Tugas Penolong Kanan Kurikulum

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing pelajar memprolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.

B. Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum
1. Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf
2. Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran
3. Menyelia dan megemaskinikanjadual waktu tahunan.
4. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu.
5. Membantu Guru Besar menyemak dan menandatangani
Buku Rekod Persediaan mengajar.
6. Membantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok
7. Membantu Guru Besar merancang program sokongan akademik
8. Berinteraksi dengan Penyelia Petang dalam hal-hal akademik dan bukan akademik

C. Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian.


1. Menyemak kehadiran staf
2. Mengurus data dan maklumat
3. Mengawal disiplin pelajar
4. Mewakili Guru Besar menghadiri taklimat?majlis rasmi

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

1. Menyelia kerja-kerja staf
2. Melaksanakan pembangunann staf
3. Menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf

E Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber

1. Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi
2. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada
3. Menyelenggara kemudahan dan kelengkapan

F Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

1. Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan
tugas-tugas mereka
2. Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan
3. Membantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah
4. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
5. Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah
6. Melaksanakan arahan-arahan atau tugasan-tugasan lain seperti
yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan atau pihak atasan
lain dari masa kesemasa.