PENGUMUMAN

SETIAUSAHA PANITIA PERLU MENYIAPKAN FAIL
PANITIA SEBELUM/PADA 31 JULAI 2012



FAIL PANITIA YANG DIBUAT TIDAK PERLU BUAT MUKA DEPAN DAN TETULANG KERANA 2 PERKARA TERSEBUT AKAN DICETAK SECARA BERPUSAT.



SARINGAN LINUS KOHORT 1 & KOHORT 3 PERHATIAN : PENGISIAN DATA MURID SARINGAN LINUS SARINGAN 8 DAN SARINGAN 2, 2012 Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS bermula dari 23 JULAI 2012 HINGGA 03 OGOS 2012 *** semua sekolah mesti kemaskini data murid walaupun semua murid telah di ALIRAN PERDANA

Tuesday 24 July 2012

PENGISIAN DATA LINUS DI LAMAN SESAWANG

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA

Semua guru LINUS
Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara

Tuan,

PENGISIAN DATA LINUS DI LAMAN SESAWANG www.moe.gov.my/nkra

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

Berdasarkan keterangan dalam Manual Am Saringan LINUS seperti yang telah diemel kepada pihak tuan pada 14 Jun 2012 dan 12 Julai 2012, tempoh pengisian data Saringan LINUS adalah bermula dari 23 Julai 2012 (Isnin) sehingga 3 Ogos 2012 (Jumaat).

Justeru itu, jasa tuan adalah dipohon untuk menyebar luas akan perkara ini kepada pihak guru yang berkenaan supaya proses kemasukan data LINUS dapat berjalan dengan lancar.

Pihak tuan disarankan agar tidak menunggu sehingga saat akhir supaya Unit Pengurusan Akademik (LINUS) dapat menyemak data yang dimasukkan oleh sekolah seterusnya dapat mengambil langkah-langkah pembetulan sekiranya berlaku ralat-ralat yang tertentu sebelum tarikh portal NKRA ditutup secara rasmi.

Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam meneliti perkara ini adalah amat kami hargai.

Sekian, terima kasih