PENGUMUMAN

SETIAUSAHA PANITIA PERLU MENYIAPKAN FAIL
PANITIA SEBELUM/PADA 31 JULAI 2012



FAIL PANITIA YANG DIBUAT TIDAK PERLU BUAT MUKA DEPAN DAN TETULANG KERANA 2 PERKARA TERSEBUT AKAN DICETAK SECARA BERPUSAT.



SARINGAN LINUS KOHORT 1 & KOHORT 3 PERHATIAN : PENGISIAN DATA MURID SARINGAN LINUS SARINGAN 8 DAN SARINGAN 2, 2012 Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS bermula dari 23 JULAI 2012 HINGGA 03 OGOS 2012 *** semua sekolah mesti kemaskini data murid walaupun semua murid telah di ALIRAN PERDANA

Thursday 19 July 2012

PENGURUSAN EVIDENS PELAJAR - SAPBS

PENDAHULUAN.

   Peranan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah ( PS ) boleh diringkaskan kepada 6 peringkat iaitu :
  1. Permulaan - Guru memilih Standard Kurikulum yang hendak diajar pada hari tersebut - Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ).
  2. Peringkat Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - Guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) dan menyediakan kaedah pentaksiran yang hendak digunakan.
  3. Peringkat Perlaksanaan - Guru melaksanakan RPH yang telah disediakan. Di akhir pengajaran atau sesuatu topik , guru menjalankan pentaksiran berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan.
  4. Peringkat Penilaian - Guru menilai prestasi pelajar berdasarkan instrumen pentaksiran yang telah disediakan. Merekod dan melaporkan prestasi pelajar dalam Pengkalan Data Pengoperasian PBS - LPM.
  5. Peringkat Pemulihan - Pelajar yang TIDAK melepasi tahap penguasaan yang ditetapkan ( sekurang - kurangnya Band 3 ) harus melalui proses pemulihan sehingga melepasi tahap penguasaan yang ditetapkan. Band 3 - Tahu , Faham dan boleh buat berdasarkan topik tertentu. 
  6. Peringkat penerusan - Guru boleh memilih standard kurikulum yang baru untuk pelajar yang telah melepasi syarat / tahap penguasaan iaitu Band 3 , 4 , 5 dan 6.
  7.  
    EVIDENS DAN PENYATAAN STANDARD PRESTASI  
    Evidens  merupakan dokumen pentaksiran yang dibina untuk membuktikan apa yang pelajar tahu , faham dan boleh buat terhadap sesuatu topik yang diajar oleh guru. Penyataan Standard Prestasi merupakan penyataan tentang prestasi pencapaian pelajar. Penyataan Standard Prestasi bagi setiap mata pelajaran TIDAK sama dari aspek jenerik penyataan. Contohnya Band 3 untuk :
    1. Bahasa Melayu ( sk ) - Memberi respon terhadap sesuatu perkara yang didengar atau ditulis.         membaca bahan bacaan secara makanis. 
    2. Matematik ( sk ) - Tahu dan faham pengetahuan asas matematik dan boleh melakukan operasi asas matematik , penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan.
    3. Bahasa Arab ( sk ) - memberi respon terhadap sesuatu perkara yang didengar dan ditulis. Membaca dan membezakan sebutan. Rujuk kepada Dokumen Penyataan Standard bagi setiap mata pelajaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
    PENGURUSAN EVIDENS 
          Evidens yang dibina dan dirangka harus sama dengan Penyataan Standard Prestasi. Untuk membina 
          evidens guru harus faham dan memiliki dokumen - dokumen berikut :

         1.  Standard Kurikulum - Sylebus atau sukatan pelajaran
         2.  Standard Prestasi - penyataan standard pencapaian pelajar
         3.  Buku teks atau buku kerja pelajar
         4.  Contoh RPT dan RPH
         
         Pengurusan evidens harus melalui 3 proses penting sebagai asas iaitu :
         1. Sebelum proses pengajaran
         2. Semasa proses pengajaran
         3. Di akhir proses pengajaran
         
  

  Sebelum proses pengajaran - Peranan Panitia mata pelajaran ( Perinkat Perancangan )

 Ketua Panitia mata pelajaran harus memainkan peranan penting selari dengan JK PBS Peringkat       

 Sekolah.   Antara tugas penting yang perlu dilaksanakan :

         1. Memastikan latihan dalaman telah dilakukan pada awal tahun dengan menggunakan khidmat guru 
             yang telah menghadiri kursus KSSR - PBS sekolah masing - masing. Jadual Pengendalian kursus 
            dalaman mesti disediakan untuk tujuan pemantauan.
         2. Memastikan semua guru dibawah seliaannya memiliki dokumen Standard Kurikulum , Standard 
             Prestasi dan Fail Showcase guru.
         3. Menetapkan kaedah pentaksiran bagi subjeknya dan membina evidens untuk unitnya. Evidens yang 
            dibina harus bermula dari Band 1 hingga Band 6 bagi setiap topik.
         4. Menetapkan tahap minima kelulusan penguasaan pelajar - contohnya harus melepasi tahap    
            Band  3 untuk meneruskan ke topik yang lain.




Peranan guru mata pelajaran juga harus selari dengan apa yang telah diputuskan oleh JK Panitia Mata  Pelajaran pada awal tahun sebagai panduan yang perlu di ikuti. Ia juga harus selari dengan apa yang  telah diputuskan oleh JK PBS Peringkat Sekolah supaya tidak wujud kecelaruan. Antara tugas guru mata pelajaran adalah :

       1. Memiliki Standard Kurikulum yang hendak digunakan untuk menyediakan Rancangan Pelajaran

           Harian ( RPH ).

       2. Memiliki Standard Prestasi untuk digunakan semasa menyediakan evidens dan membuat penilaian

           prestasi pelajar.

       3. Menyediakan RPH dan Evidens yang hendak dilaksanakan pada hari tersebut. RPH harus

           berpandukan Standard Kurikulum subjek masing - masing. RPH juga harus selari dengan kandungan

           dalam buku teks pelajar serta buku kerja jika ada.

       4. Menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian untuk hari tersebut.

       5. Menetapkan teknik pengajaran yang hendak digunakan supaya pengajaran menarik dan pelajar

           seronok mengikuti proses pengajaran. Teknik didik hibur merupakan teknik yang paling

           menyeronokan dan menggunakan alat bantuan pengajaran terkini iaitu LCD serta komputer.

 

    Semasa proses pengajaran dan pembelajaran ( Peringkat Perlaksanaan ) 

Peringkat perlaksanaan adalah peringkat yang paling penting kerana ia merupakan keadaan sebenar yang berlaku dalam kelas. Ia juga merupakan hasil kepada peringkat perancangan yang dilakukan 
berdasarkan kepada keadaan persekitaran kelas , kualiti pelajar dan kemudahan  yang ada dalam kelas 
Kejayaan proses pengajaran bergantung kepada kemahiran guru , pengalaman serta keyakinan  diri yang
dimiliki. Rancangan pelajaran dapat disediakan dengan baik tapi gagal dari aspek perlaksanaan.
Kegagaalan mungkin berpunca dari faktor - faktor berikut :


        1. Kegagalan guru mengawal persekitaran kelas - gagal mengawal disiplin pelajar

        2. Rancangan pelajaran mungkin tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar kelas itu

        3. Teknik pengajaran membosankan dan tidak dapat menarik minat pelajar

        4. Sikap guru yang terlalu autokratik menyebabkan kelas sunyi sepi - tak wujud keseronokan

        5. Persekitaran kelas yang tidak kondusif



   Guru melaksanakan RPH yang telah dirancang dan berusaha merealisasikan RPH itu menjadi menarik dan

   dapat memudahkan pelajar memahami topik yang diajar. Situasi kelas harus memiliki ritma yang pelbagai

   seperti wujudnya respon dua hala yang harmoni , ada bunyi gelak ketawa , ada bunyi tepokkan pelajar ,

   ada bunyi bacaan serentak , suara pelajar diselangi dengan suara guru dan ritma lain yang bersesuaian. Di

   akhir pengajaran , guru boleh menilai pengajaran dengan menggunakan evidens yang telah disedikan untuk

   tajuk atau topik tersebut. Jika semua pelajar mencapai tahap Band 3 atau lebih tinggi , ia mengambarkan

   guru telah berjaya melaksanakan RPHnya dengan baik. Pelajar berjaya memahami dan boleh membuat

   tugasan yang diberi berkaitan dengan topik yang diajar oleh  guru pada hari tersebut. Tugasan diperingkat

   ini boleh diringkaskan :



         1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan RPH yang telah disediakan

         2. Melakukan pentaksiran berdasarkan evidens yang telah ditetapkan kaedahnya

         3. Melengkapkan catatan dalam buku ringkasan mengajar iaitu bahagian penilaian pengajaran dan

             refleksi pengajaran untuk hari tersebut



   Di akhir pengajaran ( Peringkat penilaian )  
Peringkat ini merupakan peringkat pentaksiran atau peringkat penilaian Pentaksiran boleh jadi dengan   menggunakan kaedah atau  cara meneliti respon pelajar semasa pengajaranlembaran kerja , buku kerja ,hasil kerja pelajar dan  keupayaan pelajar melakukan sesuatu aktiviti. Evidensperingkat pentaksiran merupakan bahan bukti akan keupayaan atau standard prestasi pelajar terhadap sesuatu topik. Ia juga  menjadi bahan bukti jika ada di antara ibubapa pelajar yang sangsi ( tidak percaya ) dengan keupayaan anak - anak mereka. Evidens akan menjadi bukti kemasukkan data kedalam SAPBS Lembaga  Peperiksaan. Pada peringkat ini tugas guru tertumpu kepada :


       1. Menanda atau menyemak evidens yang digunakan sebagai kaedah pentaksiran

       2. Memasukkan data ke dalam Pengkalan Data SAPBS - Lembaga Peperiksaan

       3. Mengasingkan tahap pelajar yang mendapat Band 1 dan 2 untuk tujuan pemulihan

       4. Membuat penilaian tehadap RPH yang telah dilakukan sama ada berjaya atau gagal dibawah tajuk

           Refeksi dan mencatatkan tahap pencapain pelajar untuk topik tersebut.

       5. Memasukkan evidens dalam Fail Peribadi pelajar

       6. Membuat catatan dalam graf perkembangan pelajar



   Graf atau carta perkembangan pelajar merupakan titik - titik perkembangan prestasi pelajar mengikut

    topik    - topik  yang telah ditetapkan. Ia merupakan graf individu dan terdapat dalam fail peribadi pelajar

   dan satu    salinan dalam fail showcase guru untuk tujuan rujukkan jika diperlukan oleh pihak - pihak luar

    yang berkepentingan



   Di peringkat pemulihan - sebelum peringkat penerusan.
   Pelajar yang TIDAK melepasi tahap penguasaan prestasi yang ditetapkan harus melalui proses pemulihan
   terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan ke topik yang baru. Pelajar yang mendapat band 1 dan 2 ADA
   adalah kumpulan yang tahu dan faham tapi TIDAK boleh membuat tugasan yang diberi. Mereka diberikan
   ulangan tajuk yang sama dan penilaian yang sama seperti peringkat awal pengajaran. Evidens yang sama
   juga digunakan. Pelajar harus melepasi band 3 untuk meneruskan pembelajaran ke topik baru. Ulangan
   perlu dilakukan sehingga pelajar mendapat band 3 dalam sesi penilaian. Pengurusan kelas amat penting
   pada peringkat ini kerana terdapat 2 kumpulan pelajar yang berbeza tahap penguasaan dalam kelas yang
   sama. Ada yang melepasi tahap penguasaan yang di tetapkan dan ada yang gagal yang perlu diberi
   pemulihan. Topik pengajaran pada peringkat ini juga berbeza iaitu topik baru dan topik ulangan. Guru
   perlu  melakukan :


         1. Pengasingan pelajar -  satu kumpulan yg melepasi tahap dan satu lagi yg gagal dlm kelas yg sama

         2. Kelas boleh dipecahkan kepada 2 kumpulan yg berasingan

         3. Menjalankan sesi pengajaran kepada kumpulan yg melepasi tahap penguasaan - topik baru

         4. Melakukan pemulihan kepada pelajar yang gagal - topik lama yang diulang



   Keperluan 2 orang guru untuk satu kelas adalah keperluan yang ideal. Pada peringkat ini keperluan tenaga

   pembantu guru amat diperlukan. Pembantu guru boleh ditugaskan untuk memasukkan data dalam

   Pengkalan Data PBS dan membantu menguruskan pemulihan pelajar yang gagal. Guru Pemulihan TIDAK

   boleh digunakan kerana mereka terlibat dalam Program Linus - NKRA tahap 1. Pelajar tahun 3 harus

   berstatus  Arus Perdana sebagai syarat naik ke tahun 4 , dengan lain perkataan pada tahap 2 TIDAK ada

   pelajar  yang tidak boleh menguasai 2M.



   Peringkat Penerusan - peringkat topik baru
   Guru boleh meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar yang melepasi band 3 ke atas

   untuk belajar topik baru. Situasi ini berlaku pada waktu atau masa yang berikutnya atau hari berikutnya.

   Guru akan mengulangi proses 1 hingga 5 , dengan RPH yang baru dan topik baru.



PELAPORAN PENCAPAIAN PRESTASI PELAJAR


Pelaporan boleh dibuat dalam 2 keadaan iaitu secara online atau secara manuel. Jika sistem online berfungsi sepenuhnya guru boleh memasukkan data dalam pengkalan data yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Memandangkan ia merupakan program baru yang dibangunkan , tentu ia akan menghadapi pelbagai rintangan oleh itu pihak sekolah boleh menyimpan data secara manuel. Pada pertengahan tahun tentu ibubapa ingin melihat prestasi anak - anak mereka maka disini kita akan menghadapi masalah :
  1. Kemasukan data ke pengkalan data tidak boleh dilakukan kerana sedang dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab ( LPM )
  2. Data tidak boleh diproses dan tidak boleh dicetak
  3. Bagaimana cara pihak sekolah hendak menyediakan pelaporan tersebut ?.
  4. Bagaimanakah evidens yang terkumpul dalam fail peribadi pelajar hendak diproses dan mendapatkan keputusan prestasi pelajar untuk pertengahan tahun  ( Jan hingga Jun )
Kaedah penilaian dalaman boleh dilakukan sebagai alternatif oleh pihak sekolah seperti mana peperiksaan biasa tetapi ia berbeza sedikit dari aspek pengendalian iaitu :
  1. Soalan yang disediakan diambil dari evidens secara rawak untuk setengah tahun dari Dokumen Standart Pembelajaran.
  2. Ia merangkumi semua band penilaian ia itu band 1 hingga band 6. Band 1 mungkin mengandungi 5 soalan , begitu juga dengan band 2 , 3 , 4 , 5 dan 6. Jadi keseluruhan soalan berjumlah 30.
  3. Tidak ada sebaran luaran berkaitan dengan penilaian tersebut , dengan lain perkataan TIDAK ada siaran kepada ibubapa atau pelajar secara bertulis.
  4. Tidak ada masa yang ditetapkan bagi setiap subjek dan pengendalian dijalankan dalam masa 2 minggu. Guru mata pelajaran akan mengendalikan penilaian tersebut pada masa / waktu pengajaran mereka berdasarkan Jadual Waktu Peribadi Guru.
  5. Tidak ada pengawas peperiksaan disediakan - proses berjalan seperti pengajaran biasa dalam kelas dan guru dibenarkan membantu dan membimbing pelajar menjawab soalan yang disediakan dalam evidens tertentu.
Ia merupakan cadangan dan pandangan sebagai penyelesaian sementara sehingga pengkalan data LPM berfungsi sepenuhnya dan memenuhi keperluan iaitu mudah memasukan data dalam pengkalan data , mudah dicapai oleh guru pada bila - bila masa , data yg terkumpul boleh dikeluarkan analisanya 2 kali setahun dan boleh dicetak dan pihak ibubapa boleh mengekses pengkalan data tersebut dengan mudah.